Sunday, June 14, 2009

22 oktober 2008





pada tarikh ini.....2 minggu sbelum suami ku meninggal kan ku...................

x silap raya yang ke 20hari...aku dan suami berbincang dimana aku nak buat makan-makan coz family aku nak datang beraya dirumah....dari pagi aku dan suami berbincang nak masak apa..suami ku memeri idea kita masaklah ala-ala western food je...aku pun setuju.

apabila balik dari membeli belah kat NSK aku dan suami pun mulakan operasi memasak untuk dihidangkan pada family ku..aku rasa sungguh seronok kami sama2 memasak suami ku banyak membantu.kami cuma masak nasi goreng,ayam goreng KFC,kentang goreng,sosej dan adlah sikit lagi kuih2 raya.

selepas mahgrib family ku pun sampai dari KKB x dalah jauh sangat.tapi masa tu suami ku pergi masjid sembahyang.x beberapa lama suami ku balik. kami sekeluarga sama-sama makan aku rasa sungguh seronok sgt berada dlm keluarga yg bahagia ini...bergelak ketawa.

sebelum keluarga ku ingin pulang..aku x sangka yang suami ku tiba-tiba ingin mengambil gambar keluarga..aku mula2 terperajat juga coz suami ku kurang nak bergambar kadang2 payah nak ajak bergambar.mgk ini lah perubahan yang dialami oleh seseorang seblm meninggalkan kita..

inilah kenangan raya terakhir x dpt ku lupakan bersama suami dan family ku........

0 comments: