Monday, August 3, 2009

tension beb......
ada orang cakap aku x pandai tengok cerita@pilih cerita
dlm hidup aku x da org pernah cakap aku x pandai tengok cerita..maksub aku filem lah...
begang giler aku satu malam......aku rasa nak je cakap dgn orag tu supaya "learn how to talk"coz dia selalu cakap dengan orang dengan istalah tu...sendiri x perasan...suka akulah cerita apa yg aku nak tengok......TENSION.....TENSION.......TENSION........geram.....gerem.....x da mood nak kerja beb....

Saturday, August 1, 2009

kenduri.......


syukur allahamdullah....last week smua kenduri kat umah mak mentua selaesai dengan lanc ar...masa ank ank buah aku ckur jambul..hati aku mula rasa sayu sgt..kalau abang ada disisi mgk dia lagi happy....aku mula nak menitiskan air mata coz aku rasa aku xkan merasai keadaan tu...tapi aku kna tabah menghadapinya....w/pun aku rasa x berapa happy balik ipoh coz sorang2 tapi nasib baik smua family kat ipoh buat aku happy..terutama gelagat anak2 buah aku..msti abg pu rasa gembira tgok aku happy kat sna...

tapi bila aku balik hari ahad,penat tapi aku bersushan jga driver balik...nak harap siapa lagi kan. tpi bila petang aku dpt khabar adik ipar aku taufiq masuk hospital kuala kangsar,dari khabarnya dia dijangkiti H1n1 aku mula rasa susah hati..ialah tulah satunya anak lelaki mak mentua aku dan tempt dia menghilangankan rasa rindu dengan anak kesayangan nya iaitu suami ku...aku pun mula panik juga tapi berkat doa dan kehadiran suamiku disisi.aku relarks sikit.harap2 lepas ni x lagi ujian yg sebegini buat keluarga suami ku...amin

happy.....happy...day.....






hahha 2 sweet girls with 1 hensem guy...



cantik kan 2 awek ni...hahaha

buget kuat lah...tu vj

Monday, July 27, 2009

KEHIDUPAN INI

sehari,bermiggu,berbulan,masa berlalu.....aku mkin merindui suami ku....x berdaya aku melupakan kenangan bersama.hidup aku x bermaya setiap hari.aku cuba utk tdk mengingat tapi ridak berdaya.cinta aku semakin mendalam buat nya.setiap hari aku berfikir kenapa takdir ku begini,apa salah diriku diuji sekian rupa.bukan senang utk mengharungi dugaan yg aku lalui.walaupun aku cuba membuat diriku happy.tapi utk seketika sahaja dpt aku lupakan.kadang2 aku x tahan dengan lakonan yang terpaksa aku buat supaya smua org tidak susah hati.terutama family ku.sampai bila agaknya aku dapat bertahan dengan keadaan ini.ada masa aku terasa sahaja nak meninggalkan dunia ni buat selama-lamanya.tapi bila dipikirka semula,ajal dan maut ditangan tuhan.kenapa cinta ku terlalu mendalam buat suami ku.kerana cinta dan sayang ni lah aku bertahan sehingga sekarang.kalau boleh aku mengharapkan semua ni hanya mimpi ngeri.tapi apa kan daya ni lah kenyataan yang terpaksa aku harungi setiap hari sehingga sampai masa aku.

Friday, July 24, 2009

boring,malas dan bosan

hari nie, aku btul2 mlas kerja beb....tension pun ada, coz esk 25/7/2007 aku kna balik ipoh sorang2...kna drive pulak tu....selalunya aku akan balik dgn abang tersayang...skarg kna balik sorang....x sanggupnya....nanti kalau balik sna smua org akan happy, aku...........rindunya saat bersama sperti dulu....kalau saat ini selalunya suami ku yg akan gembira sgt....apa agaknya rasa balik sorang.....smua org akan bermanja2 aku.........setiap saat setiap detik aku berfikir mcm mnalah aku esok.......msti smua org x paham perasaan aku....msa dulu2 pun kalau suami aku ajak blik ipoh aku juga lah org yg x sabar2 nak balik......tapi sekarang apayg aku boleh buat telan jelah rasa dihati....

kehidupan nie bila difikirkan sekejab je kta menikmati kebahagian,dan sekelip mata juga kegembiraan dirampas.slagi kita masih dpt bersama dgn orang yg tersayang hargailah saat tu dgn penuh kegembiraan dan kenangan yang indah...

ABANG ESOK LY NAK BALIK IPOH, DOAKAN LY PERGI DGN SELAMAT DAN PULANG DENGAN SELAMAT....ABANG IKUT LY BALIK K...NANTI KITA BOLEH KELUAR DGN AN,ADIK AZIM,ASHAH.....MSTI DIA ORG X SBAR TGU PAK LONG DIA ORG BALIK...LUPA NAK CKAP DENGAN ABANG DPT ANAK BUAH BARU PEREMPUAN NAMA DIA SYAMIMI DAHMIRAH.....CUCU PEREMPUAN KE-2 DLM FAMILY ABANG.WALAUPUN KITA X DIKURNIAKAN REZEKI SEPERTI FAMILY LAIN....TAPI KITA BERDUAP ENUH DENGAN ANAK SAUDARA YG NAKAL2KAN.....INGAT ESOK KITA BALIK IPOH K...X PA LY DRIVE ABANG DUDUK SEBELAH JE K...

Thursday, July 23, 2009

kenangan bersama mu


kasihku....usah dikau pergi.
kau tingalkan diriku sendiri.
ke mana harusku cari ganti.
senyuman yang semanismu.

kini kau tiada lagi di sisiku
ku kehilangan tempat bermanja
kau pergi tanpa kerelaanku
hatiku luka,hampa dan kecewa

hanya kenangan terukir di dada
bersemadi dalam sanubariku
jiwa membara memendam rasa
tersemai seribu pergertian hidupku

Saturday, July 11, 2009


Tiada secantik bahasa mu,ku gubah lalu menjadi lagu.tidak setanding paras,wajahmu itu menjadi rindu,andainya bulan retak seribu,bayangmu ada dimana-mana,jika kaca berderai,luka tertusuk seluruh jiwa.Kita diibaratkan kasih suci yanh bahagia,aku turut meraskan mahligai yang jadi nyata....bersamu....pertama dan kaulah segalanya.riwayat yang menghikayat cinta,kasih jangan biarkan kata nista membakar kita.Kata janji bukan ukuran,hanya sejati dalam diri,kuburkan aku dhatimu,demi cinta sebelum mati,sejauh manapun terpisah,kau dihatiku dan ku sama,dalam tidur dalam terjaga ku ucapkan salam sejahtera..................................CINTADAN KASIH KU HANYA BUAT MU AHMAD GHAZI.....

Tuesday, July 7, 2009

sepi....tension....luahan hati



YA ALLAH, knplah aku hidup begini dalam usia aku skrg.dlm hidup aku x pernah terpikir akan ditakdirkan begini....mybe org lihat aku happy tapi aku betul2 sunyi....sbenarnya aku cba utk tidak berfikir @ megubah hidup aku...tpi apa kan daya aku x bleh nak ubah..kdg2 aku cemburu mlihat org lain happy....adakala aku sampai kta pada diri,knapa aku bkan org lain... kadang2 hujung minggu aku betul2 rasa sunyi,tapi apa yg boleh buat aku cuma mampu melayan je lah rasa sunyi nie.mybe org lain akan kata aku muda lagi msih boleh cri pengganti,tapi apabila org tu rsa baru dia thu perlu ke tdk pengganti...bkan senang utk berkongsi cinta dengan org yg baru...lebih2 lagi nak berkongsi hidup..SORRY... walau pun payah bagi aku tetap akan mengharungi hidup aku sekarang sepanjang hayat aku...walaupun aku sedar bukan senang bila kita dah tua tapi..selagi mampu aku akan cuba menjaga kehidupan selagi boleh diteruskan. kadang2 aku cuba utk berkongsi kesedihan @ kesunyian dengan org yg rapat, tapi x mampu nak meluahkan,aku soerang yg suka memendam perasaan selagi berdaya.bila aku terpikir semula hidup nie bagaikan roda,kadang kita dialam yg amat bahagia,,kadangkala kita akan berada dalam keadaan yg amat menyedihkan..seperti mana aku hadapi sekarang. Kadang2 aku terpikir seorang...mcm mana kehidupan aku skrg jika bersama org tersayang...sentiasa bermain-main dikepala.bagaimanalah kehidupa 'abang' disana..adakah 'abang'pun seperti ly...adakah 'abang' akan merindui ly sepertimana ly merindui 'abang' sekarang...bila agaknya ly dapat berjumpa dgn 'abang'..jika dapt berjumpa kenal ke 'abang' dengan ly lagi... #tapi untuk pengetahuan 'abang' ly banyak benda nak cerita dengan 'abang',macam2 cerita 'abang'????ly rindu penggilan "cuk" yg selalu "abang"panggil..ly rindu dengan memek muka "abang" bila buat pisss...ly rindulah 'abang' bila 'abang'nak balik jumpa ly...'abang' x nak balik ke...PS2 'abang' pun dah lama x digunakan...sejak 'abang' pergi...pasukan kegemaran 'abang' pun dah x berapa best coz peminat NO 1 dah x da nak tengok @ berjaga mlm.bila ly tengok posmen hantar surat ly sentiasa ingat kan 'abang'..tapi sejak 'abang' x da zon 'abang' pun teruk..banyak org complain surat x dpt... cukuplah utk hari nie..nanti kalau ly sunyi atau bosan ly ceritalagi dengan 'abang'k...assalammualaukm...ly sentisa doakan abang akan ditempatkan ditempat org yang beriman....AMIN..............#




Saturday, July 4, 2009

with my husband 3/10/2008





pada 3/10/2008..aku pun x sangka ianya adalah last day aku pergi lostword dgn org yg tersayang.tapi pada hari tu aku rasa suami aku yang paling happy sekali bila berada di lostworld.dgn anak buah dia sekali..x terbayang diwajahnya yg dia happy sekali.rupa2 nya dia dah tahu nak meningalkan kami semua....aku pun rasa amat sronok dapt bersama-sama suami ku,jarang2 sekali dia akan bergambar tapi kali ini senang je bila kita ajak dia ok je...semua permainan dia main x tinggal...aku amat rindu dengan suasana ini.agaknya bila lagi aku akan gembira seperti nie..tapi kau rasa x mungkin lagi.inilah gambar saat2 kegembiraan aku dan suami.

Saturday, June 27, 2009

Tidor Office...............






x tahu mcm mana nak mula crt lah , x bolh nak bayang pun...start 23.6.09 sehingga 26.6.09 aku tidor kat office beb...rasa mcm dah office ku rumah ku dah..mana tak nya dengan tender yg banyak lepas tu tarikh tutup pun dekat2 item bukan sikit banak pulak nak kena cari supplier nya lagi...bayang kan 3 hari kami tcuma tido 3jam..penat dan mengantuk jgn cakap lah...tu pun nasib baik adik bos azahar dan seorang lagi assistant aku balqis ada...kalau x mati aku buat sorang2.ada dia orang boleh juga menolong dan buat teman berborak...lagi2 azahar selalu buat semua segar mata coz bila dia buat lawak bodoh dia aku akan gelak sampai muntah dan keluar air mata...

bayangkan dari pukul 7 pagi mengadap komputer sampai lah pukul 3-4 pagi...aku tengok computer pun dah nak muntah....tido pun dalam bilik bos atas capet je...azahar pulak tido kat bawah meja bos..balqis best juga kita org gelar tmpt first class coz atas sofa bos.

bila pagi nak bangun ya allah tuhan je yang tahu terseksa nak buka mata...penat giler..aku buat tender untuk hospital shah alam yg baru akan buka...ada 3 pakej pulak tu...aku buat dua pakej glassware n freezer balqis pulak pakej fisioteraphy.si azahar tolong menyediakan catalogue utk 3 pekaj.tapi hari khamis dan jumaat staff sales vijay ada datang tlog pada waktu malam, kurang sikit beban..tapi dia x tido lah balik umah dia dalam pukul 2am...

bila sampai hai jumaat semua dah x larat giler nak menaip pun dah x mampu...yang aku bengang bila waktu pejabat budak sales lain langsung x menolong dah x cukup tido dia orang kecoh nak quotation lah..mcm2 lagi2 aku aku stu budak sales kita org gelar dia org tua x paham langsung dia nak juga quotation dia confrm order lah..apalah..kecoh...aku memang sampai hilang sabar lah..rasa mcm nak tumbuk je dia tapi nasib baiklah msih ada rasa hormat...bukan dia x paham tapi buat2 x paham...

sepanjang aku buat tender banyak kerja lain terbengkalai dgn account, kerja2 lain lagi pening dah aku bila isnin ini mst kelam kabut lah aku nak buat kerja yag dah terbengkalai seminggu.

tapi yg penting sabtu kerja semua siap x sabar aku nak balik tido dengan selesa kat umah,tapi sbum tu aku kena hantar tender ini kat atmos dengan catalogue sekali..pastu ju aku pun lepas perasaan lah bila dah settle....

kadang2 aku pikir nasub baik suami aku dah x da,kalau tak mst dia dah mengamuk satu country homes boleh gegar beb....aku x bolh bayanglah mengamuk dia...tapi nasib tu baikah utk edaran medicaltech (m) sdn bhd.aku berharap sgt tender ini berjaya..supaya pengorbanan yang dibuat ini berbaloi.AMIN....

INILAH GAMBAR YG SEMPAT AKU AMBIL MASA LAST DAY KAT OFFICE...aku dan balqis rasa tharu mana taknya azahar beli kek utk kita orag berdua...mst dia fikir kesian kat kita orag yg berkerja keras...HAHAHHA THANKLAH AZAHAR.

20.June 2009






hari ini aku krusus kereta utk 3 jam.mula2 aku mlas juga nk pergi tpi dikenangkan aku skrg driving x da lesan jadi aku pergi juga.lgpun aku byk sangat aktiviti terpksa pakai kereta.....

Dari pukul 10pg sampai pukul 1 petang beb..penat dengar ceramah..mengantuk pun ada.dalam pukul 3 aku sampai umah...semua ada kat umah...adik ipar aku dgn anak2 dia....

malam pulak bos aku ada minta pertolongan utk jaga anak kembar dia sofia dan sania.aku pu x kisah lagupun malam xda aktiviti pun hilang sikit boring tengk budak2 tu.....aku cuma tlog tengok2 je lagipun dia ada org gaji yg buat semua cuma aku berikan ubat sahaja kebetulan baby2 tu deman.ini lah gelagat2 anak bos aku...............SOFIA AND SANIA

Sunday, June 21, 2009

237hari


Hari nie sudah 237 hari aku hidup tanpa si dia di sisi.mcm2 dugaan dan cabaran terpaksa aku hadapi seorang diri.walaupu perit tapi aku terpaksa tabah menghadapinya.mhkn bgi yg melihat keadaan aku skrg mcm happy je.tapi cma tuhan yg tahu bertapa peritnya.

hari ini mcm biasa aku terpksa duduk kat umah sorang diri.mengadap tv sampai buat blog..yg enth apa2 nie.

dari pagi aku bagun,tapi ke bolehlah dikatakan pagi bangun fisrt mandi suami aku selalu berpesan bangun pagi benda perkara pertama kena buat mandi.itulah nasihat yg selalu aku amalkan setiap hari w/pun cuti. selepas mandi aku pergi kedai cari makanan biasalah tinggal sorang sekarang memangg x masak.kalau tak dulu lepas mandi pergi dapur masak2 untuk suami,krn dia pagi2 akan cari nasi.rindunya dengan rutin harian dulu2.lepas makan aku pun mula operasi mengemas rumah, mood lantai,kemas dapur, cuti peti sejuk yg dah lama x cuci.cuci baju tapi masuk dlm mesin basuh je.semua kerja siap aku pun duduk kat sofa sampai sekarg.

kalau dulu maybe waktu mcm nie suami aku akan ajak aku pergi jalan2 ataupun kita orang akan main game sama2 ataupun kalau mood dia baik dia kan ajak aku balik umah mak...itupun jaranglah..selalunya lepak kat uamah dengan aku sambil gurau2 hahahah..lari2 dalam umah...bila kita tinggal berdua lah..bila tengahari kita org akan tidur utk rehat...bila petang kita orang akan keluar jalan2 naik motor pusing2 kat country home...aku amat rindu saat indah ini...

tapi apa kan daya semuanya menjadi kenangan yang indah dalam hidup ku....walaupun payah untuk melupakan kerana ianya telah menjadi sebahagian dalam hidup ini.aku tetap kan hidup seperti biasa seperti dia ada di sisi...

HIDUP KU HANYA BUAT MU SUAMI KU
W.PU ENGKAU TIADA DISISI
AKU DAPAT RASAKAN KAU SENTIASA DISISI
KERNA JIWAMU DAN HATI MU TETAP DIHATIKU.

Saturday, June 20, 2009

3 JUNE 2009


Mungkin org dah x ingat tarikh ini..@ ada yg x nak aku meningati tarikh ini...utk pengetahuan semua genaplah 4 tahun aku bergelar isteri kpd arwah AHMAD GHAZI.Tapi inilah tahun pertama aku menyambut tanpa suami tersayang disisi...salaunya pada tarikh ini aku dan suami akan keluar mkn bersama2.maybe org nampk suami aku x romantik,tapi pda hakikatnya dia tidk suka menunjuk2 kat smua org..sblum2 ini pada tarikh yg penting ini dia akan romantik,selalunya dia kan ungkap kan kata "ABANG SAYANG LILY"TERIMA KASIH KERANA SUDI HIDUP DENGAN ABANG DALAM SUSAH DAN SENANG...WALAUPUN ABANG X MCM SUAMI YG LAIN. DAN X DAPAT BAGI HADIAH YG MAHAL2 kata2 ini lah kadang2 buat aku sentiasa mengingati suami ku...dan melepaskan rindu dihati.

Utk pengetahuan, pada tarikh ini aku telah mengelami deman sehingga kan suhu aku 39',sampai doktor memberitahu ku jika naik minta ku ke HOSPITAL.sebenarnya kau dah tahu bukan saja aku deman tertekan dgn kerja tapi salah satunya aku amat merindui suami ku krn pada tarikh ini aku akan keluar dgn nya.aku x dapat bayangkan aku deman sampai menangis2 giler2lah sorang.tapi aku sentiasa bersabar dan tabah mengharungi saat2 ini.

walau apa pun SELAMAT ULANG TAHUN KE 4 Buat abang, lily disini sentiasa mendoakan abang agar ditempatkan di tempat org2 yg beriman.AMIN

Sunday, June 14, 2009

I MISS YOU SO MUCH....SAYANG



ENGKAU YANG SATU....AHMAD GHAZI Saat rindu padamu Seru ku seru namamu bertalu Rimbunan rindu yang bertemu Menjadi lembaran cintaku Ku serah kepadamu bila ku sebut namamu Damai di ruang hatiku ini ku seru namamu bertalu Menjadi lembaran kasihku Ku serah kepadamu engkaulah yang satu Mustika kalbuku Kasih dan rinduku oh Hanya padamu Engkaulah kasihku Tiada duanya Biar jadi hamparan Kasihku padamu Tanpamu siapalah aku.........................................

22 oktober 2008





pada tarikh ini.....2 minggu sbelum suami ku meninggal kan ku...................

x silap raya yang ke 20hari...aku dan suami berbincang dimana aku nak buat makan-makan coz family aku nak datang beraya dirumah....dari pagi aku dan suami berbincang nak masak apa..suami ku memeri idea kita masaklah ala-ala western food je...aku pun setuju.

apabila balik dari membeli belah kat NSK aku dan suami pun mulakan operasi memasak untuk dihidangkan pada family ku..aku rasa sungguh seronok kami sama2 memasak suami ku banyak membantu.kami cuma masak nasi goreng,ayam goreng KFC,kentang goreng,sosej dan adlah sikit lagi kuih2 raya.

selepas mahgrib family ku pun sampai dari KKB x dalah jauh sangat.tapi masa tu suami ku pergi masjid sembahyang.x beberapa lama suami ku balik. kami sekeluarga sama-sama makan aku rasa sungguh seronok sgt berada dlm keluarga yg bahagia ini...bergelak ketawa.

sebelum keluarga ku ingin pulang..aku x sangka yang suami ku tiba-tiba ingin mengambil gambar keluarga..aku mula2 terperajat juga coz suami ku kurang nak bergambar kadang2 payah nak ajak bergambar.mgk ini lah perubahan yang dialami oleh seseorang seblm meninggalkan kita..

inilah kenangan raya terakhir x dpt ku lupakan bersama suami dan family ku........

Saturday, June 13, 2009

4 November 2008


pada trikh keramat ini lah...hidupku tiba2 bertukar sekelip mata tanpa dijangka...
apa tak nya orang yang selama ini yang aku sayangi dan tempat aku mengadu telah pergi tanpa ku duga....dan tanpa syarat dari NYA...dia pergi meninggalkan ku buat selama-lamanya.

tepat pada jam 2pg.apabila dia menghembuskan nafas terakhir.aku memang x dpat menerimanya bagi aku ianya tdk adil buat aku pada usia aku sekarang...tapi apa yang aku boleh buat itu semua kehendak dari yang MAHA KUASA.aku cuba utk menerima dengan takdir yg telah ditentukan..

Kadang2 aku berfikir mcm mana nak hidup tanpa orang yang disayangi di sisi.cuba byangkan aku mengenali suami aku pada usia 13thn.sehingga aku melanjut kan mengajian ke IPTA,suami aku pun sanggup menunggu dan akhirnya kami bercadang unuk berkahwin pada 3 june 2005. dalam masa hampir 14 tahun menyemai cinta dan 3 tahun menikmati dunia perkahwinan. tiba-tiba dia hilang dari pandangan..HANYA TUHAN SAHAJA YG TAHU...

Dalam masa bersama aku x pernah pun berpisah dengan suami ku...susah senang kami tetap bersama-sama menghadapinya.mugkin org lain x pham dengan kehidupan kami.tapi kami bahagia..suami ku selalu berkata "JANGAN PEDULI APA ORANG CAKAP"yang penting kita tahu apa yang kita buat.

sehingga sekarang aku masih belum dapat melupakan kenangan-kenangan bersama....mungkin payah untuk melupakannya...atau aku sendiri x nak melupakannya.....dan aku tdk akan berusaha utk melupakanya....mgk org akan kata kau ini hipokrit atau angan2 cakap je..tapi orag yg mengenali ku pasti akan paham....

Takdir dan waktu
tidak ku tahu
mengapakah
sepinya melanda hati ku
dan bukanya,kemahuan ku
Datangnya sendiri
Tidak ku tahu
mengapakah pilunya di pinggir hati ku
dan kau cuba utk mngusir
tapi tak terdaya
Lalu terbuka gerbang hati ku
Menyambut rindu
Datang bertemu, aku gelisah
Kini rindu ku menjemput cinta
Yang ditakdirkan dengan mu sayang
Bukan pinta ku atau mahu mu
Semuanya surataNYA
Tapi Mengapakah
kau sekadar waktu
cinta yang datang, cepat berlalu
pergi mu sayang,bersama cinta tercalar pedih
Didlm dada,aku terseksa,aku terdiam
Kaku Menahan, bisanya menikam hatiku
Separutnya nyawa,ku pandang wajah
Di depan akhirnya,aku sendiri tidak mengerti
sungguh pilu di hati ku,untuk melepaskan mu
Demi kerana,Ku masih sayang-sayang pada mu
Terbangkit resah didalam kalbu
terhimpu rindu SAYANG

GHAZIELY